June 30, 2009

hidup adalah satu percaturan, jadilah pemenang!



Hidup ni memang ibaratnya sebuah percaturan. Samada kita menjadi buah catur atau pemain, Master mind-nya memang TUHAN jua. Namun, kita bukan sekadar boneka kosong bukan jua bak catur itu yang hanya menunggu digerakkan.

TUHAN yang Maha Bijaksana dan Penyayang itu telah mengurniakan pada kita ‘aqal untuk kita gunakan untuk berfikir, menimbang baik buruk tiap langkah dan arah tujuan. Ianya TUHAN jadikan bukan stakat pemberat kepala kita maupun perhiasan. Tapi untuk kita gunakan semaksimanya, lantas menjadi pembeza antara kita dengan binatang. DIA juga menghiaskan kecantikan diri kita dengan hati yang sarat dengan cinta. Tapi bukan cinta biasa. Bukan jua cinta binasa. Rasa Cinta ataupun kaseh sayang. Semua rasa manis dan asyik. Rasa tenang dan sejuk. TUHAN kurniakan pada semua hamba-NYA. Untuk menyintai kebaikan, untuk menyintai TUHAN.

Sebagaimana permainan catur. Ada undang2, ada cara permainan yang betul, ada musuh, ada strategi, ada cabaran dan dugaan, ada kalah dan menang… begitu jualah hidup ini.

Hidup ini, undang2 nye mudah. Kalau kamu berbuat baik, pahala lah yang kamu dapat. Kalau kamu berbuat jahat, dosa lah yang kamu sebat. Jika kamu mengikut dan tunduk pada perintah-NYA, maka redho-NYA lah yang kamu perolehi dan syurga-NYA lah destinasi akher kamu, lagi abadi. Namun jika kamu mengikuti dan turuti ajakan bisikan syaitan yang direjam itu,lagi musuh yang paling nyata… maka sesungguhnya syaitan itu sebaliknya akan melepaskan dirinya dari kamu, membiarkan kamu sendirian menanggung dosa dan murka ALLAH dan pasti kamu bersama2 dengan syaitan-syaitan la3natullah itu menjadi bahan bakar neraka TUHAN yang tak tertanggung azab dan seksaan.

Lalu bagaimana? Kita memang sudah berada di papan catur ini. Ingin menjadi pemenang, ataupun berserah dan mengaku kalah atau membiar diri kita diperbodohkan pihak lawan lalu kecundang?

Ataupun kita persiapkan diri dengan ilmu dan strategi.

Strateginya , memahami hidup ini sebenar-benarnya, mendalami dan menuruti agama ini sepenuh-penuhnya, mengenali diri sedekat-dekatnya dan… meyakini TUHAN setulus-tulusnya.

Jadilah seorang pemenang. Tergelincir, tersilap langkah sekali sekala memang kelemahan kita, tapi andai keinginan dan semangat jua keyakinan kita padu… jalan kemenangan akan tersuluh jua.

Hingga nafas terakhir.....

Smoga Berjaya!

-rkukaudya-


(gambar catur diambil dari sini)

keimanan yang mantap kepada ALLAH membuahkan ni3mat bahgia.


“ Sesungguhnya, apabila seorang mukmin beriman kepada ALLAH dan imannya kukuh, maka dia merasa takut kepada ALLAH. Apabila dia takut kepada ALLAH, maka dari rasa takut ini, dia akan merasakan kehebatan dan keagungan ALLAH.



Dan bila rasa mengagungkan ALLAH ini sudah mantap, maka dia akan selalu ta’at kepada-NYA. Bila dia selalu menta’ati-NYA, maka akan timbullah pengharapannya. Jika dia berharap kepada-NYA, maka akan timbullah rasa cinta.

Dan bila cinta ini telah kukuh, maka akan timbullah rasa rindu. Bila telah timbul rasa rindu, maka timbullah rasa senang kepada ALLAH. Bila dia senang kepada ALLAH, maka timbullah rasa tenang. Bila perasaannya selalu tenang dan tenteram, maka sama ada siang mahupun malam, samada dalam rahsia mahupun terang-terangan, dia selalu merasa ni’mat. “



::dzun Nun al-Misr::




(gambar atas diambil dari internet, gambar perempuan tua tersenyum diambil dari sini)

TUHAN itu slalu ada dan mengingatkan


:: TUHAN itu ADA , slalu ADA.
DIA slalu melihat kita, mendengarkan kita.
dan memperingatkan kita
pada perkara2 yang kita lupa.
yang kita slalu LUPA ::


-rkukaudya-

June 29, 2009

DIA slalu menanti kita di hujung setiap kesulitan


Tuhan...

Kami yakin, di setiap kesulitan yang kami perlu hadapi dan lalui. KAU telah menyediakan jalan keluar dan penyelesaiannya. Hanya saja kami perlu tabah, kuat dan yakin pada-MU. Kami harus percaya dan slalu berharap pada-MU. Memohon KAU membantu kami dan tidak membiarkan kami sendirian dan berputus asa dengan-MU.

Walau betapa berat dan pedih pun apa yang kami rasa. Kami hanya ada 2 pilihan, kami tetap juga perlu menghadapinya cuma samada dengan sabar dan beroleh keredoan-MU atau memilih untuk menghadapinya dengan rungutan dan kemarahan lalu beroleh kemurkaan dan kebencian-MU. Kami tak mahu dibenci oleh-MU. Hanya KAU yang slalu menyayangi kami setiap masa dan menyayangi kami apa adanya kami. Hanya KAU yang slalu ada untuk kami. Kami tak mahu kehilangan-MU. Tak mahu dan tak sanggup!

Kami akan kuat untuk-MU. Jadi hamba yang redo kerna-MU. Akan kami pekakkan telinga dan butakan mata pada kata-kata mereka-mereka yang ingin menggugah kepercayaan dan cinta kami pada-MU. Kami hanya akan buat apa yang KAU suka. Kami hanya akan pilih apa yang KAU redo. Biarkan mereka. Kami tidak hidup kerna manusia. Bukan mereka yang menjadi sebab kami wujud di dunia. Kami hidup kerna-MU ya ALLAH!.

Tuhan...
Lantas di manapun kami KAU campakkan… bagaimanapun kami KAU mahu perlakukan…
mohon kami akan tetap rasa lebih dekat dengan-MU. Kuatkan hati kami pada-MU. Kami redo dan terima smua ujian yang KAU berikan pada kami…tapi kami mohon janganlah KAU uji kami dengan berjauhan dari-MU. Jauh dari-MU bererti kami mati oh TUHAN!
kami mati…

Berjauhan dari-MU ertinya hidup kami tak bererti lagi.


Sunyi. Sepi. Sendiri.

rkukaudya



(gambar pemandangan di atas, ehsan sang sahabat, seorang guru semenanjung yang berjuang menyebar ilmu di sarawak. smoga ALLAH memberkati dan merohmati hidupmu)

BERIMANLAH KERANA ALLAH


salam…

Kelihatan pelikkah tajuk di atas tu? Tapi itulah kenyataan yang selalu ingin aku ingatkan pada diriku dan kalian, para hamba ALLAH yang mencintai-NYA dan dicintai-NYA.

Berimanlah kerana ALLAH. Bukan kerana manusia. Jangan beriman kepada ALLAH kerana manusia. Berimanlah kepada ALLAH kerana ALLAH juga. Satu-satunya dan semata-mata.

Andai ingin mencintai ALLAH, cintailah ALLAH kerana ALLAH. Kerana Zat dan kekuasaan-NYA. Kerana limpahan Rohmat dan Kaseh sayang-NYA. Kerana ehsan dan belas pengampunan-NYA. Kerana prihatin dan perhatian-NYA. Janganlah mencintai ALLAH kerana manusia. Sekalipun manusia itu yang membuat kita kenal dan kembali pada ALLAH. Sekalipun manusia itu yang membawa kita lebih mendekati-NYA dan mula mencintai-NYA. Sekalipun manusia itu pada pandangan kita terlalu baik, wara3, taat dan dekat dengan-NYA.

Cintailah ALLAH kerana ALLAH jua.

-rkukaudya-

doa #2 - smoga slalu jadi hamba-MU yang bersyukur




” ya TUHANku,
berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni3mat-MU
yang telah ENGKAU anugerahkan kepadaku,
kepada dua orang ibu bapakku
dan untuk mengerjakan 3amal soleh yang ENGKAU redhoi,
dan masukkanlah aku dengan rohmat-MU
ke dalam golongan hamba-hamba-MU yang soleh.”

27:19


(gambar diambil dari sini)

June 28, 2009

Kita adalah sekalian yang beruntung…lalu jangan pernah sia-siakan keberuntungan itu!


salam

Percayakah kalian kalau aku katakan bahwa kita adalah dari kalangan manusia2 yang beruntung? Ya! Kita beruntung. Tersangat beruntung. Tak kira siapa pun kita; terlalu tinggi, rendah, gemuk, hidung tak terletak, kulit tak cerah, rupa tak menawan, suara tak memikat, ilmu tak tinggi, sijil tak boleh frame dan digantung di dinding, belajar tak jauh hingga ke luar negara, kerja tak hebat, rumah tak besar, duit tak banyak…dll ( kalau itu yang buat kita slalu rasa yang kita tak beruntung).

Kita sebenarnya masih tersangat beruntung andai… saat ini kita masih lagi umat Islam, hamba ALLAH. Yang punya ALLAH yang Esa lagi Maha Kuasa, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. DIA tak pandang apa yang bagi kita penting di dunia ni. Sesungguhnya di sisi ALLAH, semua manusia makhluk ciptaan-NYA itu sama saja kecuali yang berTAQWA.

Kenapa kita beruntung? Kita beruntung andai kita lahir2 sudah jadi umat Islam. Hidup dalam keluarga muslim. Kita beruntung kerana ini bermakna kita adalah hamba yang telah dipilih oleh-NYA untuk memikul tanggunggjawab dan amanah-NYA di muka bumi ini. Hamba yang dipercayai-NYA untuk memakmurkan bumi, menjaga bumi. Sebagai khalifah-NYA.

Tak beruntungkah kita, bila lahir2 saja kita telah muslim kerna lahir dari benih hamba2-NYA yang muslim, yang telah dijamin syurga untuk kita andai kita tunduk patuh pada perintah-NYA, meninggalkan yang dilarang, melakukan yang disuruh?

Tak beruntungkah kita andai kita boleh mendapat perhatian ALLAH yang istimewa hanya dengan berbuat segala yang fardhu dan bertambah dekat disisi-NYA bila berbuat yang sunat?

Tak beruntungkah kita andai kita bisa mendapat keampunan dari ALLAH setelah kita berbuat kesilapan dan dosa dengan hanya perlu bertaubat dengan taubat nasuha?

Tak beruntungkah kita apabila diberi habuan di dunia dan pahala di akhirat akibat perbuatan taat @ kebajikan yang kita lakukan di dunia ni sekalipun hanya dengan niat yang terlintas di hati, tapi dimaafkan andai terdetik untuk berbuat maksiat @ kejahatan selagi kita tak melakukannya?

Tak beruntungkah kita bila kita punya TUHAN yang setiap masa memerhatikan kita, memelihara kita, memberi kita warna2hidup dengan tawa dan tangis dan mencukupkan semua keperluan kita di dunia ini?

Tak beruntungkah kita ada TUHAN yang selalu ingat pada kita walau kita selalu lupa padaNYA?

Tak beruntungkah kita punya DIA yang menanti-nanti kita hamba2-NYA memohon pada-NYA untuk dipenuhi permintaan itu?

Tak beruntungkah kita? Tak beruntungkah? Untuk semua keistimewaan dan ganjaran yang DIA janjikan yang DIA takkan sekali-kali mungkir, tak beruntungkah kita? Sedangkan kita bukan siapa-siapa, bukan dari kalangan yang cerdik pandai, cantik menawan, hartawan jutawan…tapi kita yang dipilih menjadi hamba-NYA dan umat Islam. Tak beruntungkah kita? Di antara jutaan jutaan manusia yang silih berganti tiap zaman…kita yang ditaqdirkan menjadi umat Islam!

Kita beruntung kerna tak perlu mencari-cari cahaya dan jalan hidup yang lurus. Tak seperti mereka yang lahir di keluarga yang bukan Islam. Mereka perlu cari sendiri cahaya itu. Mereka perlu tempuh dugaan hidup yang lebih sukar sebenarnya. Tapi hidayah ALLAH itu diberi kepada sesiapa yang diingini-NYA. Dan bila mereka sudah berhasil temui cahaya itu, merekalah yang selalunya lebih tunduk setia menuruti cahaya itu. Kerna mereka sudah merasai payahnya menemukan dan mendapatkannya. Lantas itulah mereka lebih menghargainya.

Lalu kita sebagai sekalian yang telah beruntung sekian lama…..hargailah keberuntungan itu. Janganlah mensia-siakannya. Kembalilah pada-NYA yang telah lama menanti kita. Sebelum DIA menarik semula keberuntungan itu dan jadilah kita dari kalangan manusia yang rugi dan menyesal di akhirat kelak.

-rkukaudya-

awas,jangan penuhi hati kamu dengan cinta dunia!

Hadith Qudsy

Allah telah berfirman :

“Wahai sekalian anak2 Adam, sejauh mana kecenderungan kau kepada dunia dan sejauh mana cinta Ku di hatimu, maka sekadar itulah darjatmu di sisi Ku. Kerana sesungguhnya tidak Aku campurkan antara 2 cinta iaitu cinta kepada Ku dengan cinta kepada dunia di dalam satu hati untuk selama-lamanya.

Wahai manusia, jauhilah sekalian ma3siat (berbuat wara3lah), maka engkau akan mengenali Aku; dan berlaparlah, engkau akan bisa melihat Aku; dan ber3ibadatlah semata-mata kerana Ku, supaya engkau sampai kepada Ku. Sucikanlah 3amalanmu dari segala macam bentuk riyak, lalu Aku pakaikan engkau dengan cinta Ku. Lapangkanlah waktumu untuk mengingat Aku supaya Aku mengingatmu pula dan menempatkan engkau di sisi malaikat-malaikat Ku.

Wahai anak-anak Adam, jika di dalam hatimu sesuatu selain Alah, maka engkau akan mengharap sesuatu yang selain Allah. Sampai bilakah engkau berkata bahawa Allah Maha Tinggi, tetapi engkau takut kepada selain-Nya? Seandainya engkau tahu yang sebenarnya, nescaya tidaklah engkau gelisah disebabkan yang selain Allah, tidaklah engkau takut kepada yang selain-Nya, tidaklah lemah lidahmu daripada menyebut ‘ALLAH’. Sesungguhnya kebinasaanlah ke atas mereka yang sentiasa bertaubat dengan cara yang dilakukan oleh orang-orang yang pembohong.

Wahai anak-anak Adam, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu dari jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.

Wahai anak-anak Adam, sekiranya engkau suka kepada syurga sebagaimana engkau suka kepada dunia, nescaya engkau Ku berikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak. Seandainya kamu mengingati Ku sebagaimana kamu sentiasa mengingati antara sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain, nescaya malaikat-malaikat mengucap salam kepada kamu pagi dan petang. Kalaulah kamu cinta kepada peng3abdian terhadap Ku sebagaimana kamu mencintai dunia, nescaya Aku muliakan kamu sebagaimana kemuliaan yang diperolehi para rosul.

Oleh itu, janganlah kamu penuhi hati kamu dengan ‘cinta dunia’, kerana cinta ini akan hilang sekelip mata. “


(gambar diambil dari sini)

sucikan cinta-cinta kita kerna ALLAH semata


Pesanan untuk saudara-saudaraku;
yang aku kasehi kerna ALLAH dan aku ingati kerna ALLAH.

Seputar tentang cinta, bercintalah… kerna kita hidup memang kerna cinta…
kerna cintanya ALLAH pada kita dan kerna kita mencintai ALLAH, Tuhan kita.

Cintailah ciptaan-NYA, kerna ia memang diciptakan Tuhan untuk kita cintai, tapi….

…..bercintalah eklas kerna ALLAH semata. Jangan terlalu sayang, jangan terlalu ingat, jangan terlalu mengharap. Bercintalah kerana ALLAH semata2. Percayalah….. kalaulah memang ditentukan ALLAH, kita pasti bersama dengan yang kita cintai walaupun tidak selamanya di dunia. Kerna kita akan dipisahkan jua tika dipanggil untuk mempersembahkan diri pada-NYA.

…..jangan harap dia jadi milik kita, atau kita jadi miliknya, sebab kita tidak bisa memiliki dan diri kita pula hanya milik-NYA.

…..adapun ini sekadar pesanan buat ingatan kita, sekadar tidak mahu satu saat nanti kita akan terjerumus pada hasutan syaitan, kerna cinta yang tidak bersamanya kecintaan kita pada ALLAH pasti akan buat mata dan hati kita buta pada cinta. Kita akan sanggup berbuat apa saja untuk menuruti kehendak yang kita cintai dan tega berbuat apa sahaja untuk membahgiakan yang kita cintai walaupun ia tidak dalam redo -NYA.

…..dan pesanan ini agar andai kita ditaqdirkan-NYA bukan untuk bersama, kita tidak akan jadi lebih gila hingga mungkin terlepas kata lalu mempersoalkan urusan-NYA.


Aku memang belum merasai cinta yang kalian rasai, namun ketahuilah, aku tetap juga seorang manusia yang punya rasa cinta. Namun andai memang sedahsyat ini penangan cinta, aku bersyukur kerna belum melaluinya dan rela untuk tidak merasainya. Kerna aku takut tidak mampu dan aku takut cinta itu akan melebihi cintaku pada-NYA, yang masih kucari2…dan kudamba…..

-rkukaudya
-

(gambar diambil dari sini)

June 26, 2009

tujuan manusia diciptakan ALLAH



Wahai diri, yang sempurna jasad maupun tidak terlalu sempurna...

Wahai diri yang dikurniakan ALLAH aqal untuk berfikir dan merenung setiap kejadian...

Wahai hati yang lembut namun selalu kegelisahan...

Walau bagaimana pun kamu wahai diri, lupakah kita pada firman ALLAH...


Firman Allah Subhaanahu wa Ta’aala yang bermaksud ;


“ dan tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka menyembah-KU”
(surah az-Zaariyat:56)


Renung-renungkanlah kata-kata seorang wali ALLAH...

‘ Wahai kaumku, engkau diciptakan- NYA bukan untuk suatu kebodohan atau sebagai suatu permainan. Engkau tidak diciptakan hanya untuk makan, minum, tidur, bersetubuh dan sebagainya.

Wahai orang2 yang lalai, Bangun dan sedarlah kamu daripada kelalaianmu. Arahkanlah hatimu kepada-NYA dengan suatu langkah dan tekad yang bulat. Dengan demikian, maka cinta-NYA akan melangkah kepadamu beberapa langkah.

Pertemuan-NYA dengan orang2 yang cinta kepada-NYA lebih menyenangkan-NYA, melebihi kesenangan yang timbul di hati orang2 yang dicintai-NYA ‘


(min kalam syeikh Qader al-Jailany)

semoga kami selalu ingat tujuan kami diciptakan oleh pencipta kami, moga hati kami selalu sedar bahwa kami tidak diciptakan di dunia ini sia-sia. supaya kami yakin, tiap yang kami lakukan di dunia ini akan ditanya dan di balas di hari pengadilan nanti.

semoga ALLAH selalu mengingatkan kami tentang itu, dan mudah-mudahan kami tidak tergolong dlam golongan manusia yang lalai...

-rkukaudya-


(gambar diambil dari sini)

TUHAN, terimalah cinta dari kami,hamba-MU...



Tuhan, seringkali kami mengucapkan yang kami cinta pada-MU.
Kami terlalu dahagakan cinta-MU. Kami terlalu mendambakan, terlalu ingin merasakan manis, asyik dan mabuk dalam cinta dan rindu kepada-MU. Seringkali juga, kami lafazkan pada teman2 yang rapat dan yang turut sama menginginkan cinta-MU tentang perkara itu. Tetapi…cukupkah begitu? Cukupkah sekadar melafazkan yang kami terlalu inginkan perasaan cinta pada-MU dan terlalu butuhkan cinta-MU pada kami lalu itu bermakna kami sudah mendapatkannya? Semudah itukah? Dengan diri kami yang terlalu lemah, mampukah? Dengan diri kami yang terlalu hina, layakkah? Apakah yang perlu kami perbuat ya ALLAH?

“ Katakanlah,
‘ Hai hamba2-KU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.
Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa2 semuanya.
Sesungguhnya DIAlah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-NYA,
sebelum datang ‘azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi.
Dan ikutilah sebaik2 apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu
sebelum datang ‘azab kepadamu dengan tiba2,
sedang kamu tidak menyadarinya.”
(Az-Zumar: 53-55)

“ Tidakkah mereka mengetahui bahawasanya ALLAH menerima taubat
dari hamba2-NYA dan menerima zakat.
Dan ALLAH sesungguhnya DIA Maha Penerima taubat
lagi Maha Penyayang
(at-Taubah 104)

“ Supaya jangan ada yang mengatakan ,
‘kalau sekiranya ALLAH memberi petunjuk kepadaku,
tentulah aku termasuk orang yang bertaqwa’.
Atau supaya jangan ada yang berkata ketika melihat ‘azab,
‘kalaulah sekiranya aku dapat kembali ( ke dunia ),
nescaya aku akan termasuk orang2 yang berbuat baik.”
(Az-Zumar:57-58)

Ya TUHAN kami…bila mengingat kembali semua perlakuan kami sepanjang usia yang telah KAU pinjamkan ini…terlalu banyak dosa yang terpundak di bahu ini ya ALLAH…terlalu banyak kehinaan yang kami salutkan pada tubuh ini…hati ini terlalu karat dan hitam. Buat kami ketakutan. Buat kami keresahan. Sudikah KAU menoleh pada kami? Sudikah KAU mengakui kami sebagai hamba-MU? Sudikah KAU merelakan cinta-MU pada kami? Sudikah KAU menerima kami sebagai antara kekasih-MU?

‘ bertaubat lah wahai diri…ingatlah kalam TUHAN mu…’

“ Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu…..” (Ali ‘Imran: 133)

Ya ALLAH ya TUHAN kami… bimbinglah kami dalam bertaubat pada-MU. Jadikanlah kami seorang yang kuat dan istiqamah dalam taubat yang kami lakukan…..

‘ Ya ALLAH…jadikanlah aku, dari golongan hamba2-Mu yang bertaubat…dan jadikanlah aku, dari golongan hamba2-Mu yang suci bersih…dan jadikanlah aku dari golongan hamba2-Mu yang ahli ‘ibadat dan soleh…”

rkukaudya
11 rabi’ul akhir 1428H



(gambar diambil dari sini)

June 25, 2009

doa #1 - dengan nama ALLAH...




bismillaahirrohmaanirrohiim...

‘ Ya Tuhan…jadikanlah hamba ini

termasuk orang-orang yang mencintaiMU

dan mencintai orang-orang yang mencintaiMU

serta mencintai segala sesuatu yang mendekatkan kami kepadaMu


Ya Tuhan…jadikan rasa cintaku kepadaMU

melebihi rasa cintaku kepada diriku…kepada keturunanku…

dan air yang menyejukkan '



-rkukaudya-


(gambar diambil dari sini)