August 23, 2010

Apa yang membuat kalian menangis?

SAAT KEMATIAN DATANG, KEPADA AHLI KELUARGA MAHUPUN KEPADA DIRI KITA SENDIRI...APAKAH YANG MEMBUATKAN KITA MENANGIS?

Ibnu al-Jauzi menyebutkan, bahwa seorang ahli ‘ibadah di Basrah telah disulitkan dengan ketakutannya kepada ALLAH dan menjadi sakit kerana banyak tangisannya. Ketika hari kematiannya tiba, lalu para keluarganya duduk di sekitarnya sambil menangis. Maka katanya kepada mereka, “ Dudukkan saya.”

Lalu ia menghadap mereka dan bertanya kepada ayahnya. “ Wahai ayahku, apa ang menyebabkan engkau menangis?” Ayahnya menjawab, “ Anakku, saya mengingat akan hari-hari tanpamu dan bakal kesendirianku setelah pemergianmu.”

Kemudian dia berpaling kepada ibunya dan bertanya,” Wahai ibu, apa yang menyebabkan engkau menangis?” Ibunya pun menjawab, “ Wahai anakku, kerana saya menelan pahitnya kehilanganmu.”

Setelah itu dia berpaling kepada isterinya, dan bertanya, “ Apa yang menyebabkan engkau menangis?” Isterinya menjawab, “ Kerana saya kehilangan berkatmu dan kebutuhan kepada selainmu.”

Terakhir dia berpaling kepada anak2nya, “ Apa yang menyebabkan kalian menangis?” Mereka menjawab, “ Kerana yatim adalah hina setelah menjauhnya engkau.”

Dia pun memandang kepada mereka semua, kemudian menangis. Maka mereka bertanya kepadanya, “ Apa pula yang menyebabkan engkau menangis?” Dia pun menjawab .
Saya menangis kerana melihat setiap dari kalian menangis untuk diri kalian sendiri dan bukan untuk saya. Adakah di antara kalian yang menangisi perjalanan panjang saya? Adakah di antara kalian yang menangisi betapa sedikitnya bekal saya? Adakah di antara kalian yang menangisi ranjang tanah saya? Adakah di antara kalian yang menangisi penghisaban saya yang buruk? Dan adakah di antara kalian yang menangisi bahwa saya akan berdiri di hadapan TUHAN? "

Lalu dia jatuh, dan ternyata dia telah menjadi mayat.

August 14, 2010

cahaya solat



' Sesungguhnya solat merupakan cahaya yang memancar dari hati seorang Mukmin, menerangi wajahnya dan memantul ke seluruh anggota badannya. Ia adalah cahaya yang dijadikan oleh Allah sebagai petunjuk ke jalan keselamatan bagi orang-orang yang mencari keredhoan-NYA. Ia merupakan cahaya yang dijadikan alat bagi seseorang Mukmin untuk berjalan di tengah-tengah manusia di mana dengannya orang tersebut dapat melihat perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Solat juga merupakan cahaya yang akan memancar di hadapan dan di sebelah kanan orang yang mengerjakannya pada hari Kiamat nanti. '

~kalam insan Soleh~

August 11, 2010

Romadhon Kareem...


Allah Subhanahu wa Ta3ala telah berfirman, mafhumnya:

“Sesungguhnya kaum muslimin dan muslimat, kaum mukminin dan mukminat, kaum lelaki yang patuh dan kaum wanita yang patuh, dan kaum lelaki serta wanita yang benar (imannya) dan kaum lelaki serta wanita yang sabar (ketaatannya), dan kaum lelaki serta wanita yang khusyu3, dan kaum lelaki serta wanita yang bersedekah, dan kaum lelaki serta wanita yang berpuasa, dan kaum lelaki dan wanita yang menjaga kehormatannya (syahwat berahinya), dan kaum lelaki serta kaum wanita yang banyak mengingat Allah. Allah menyediakan bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab, 33: 35)

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda (yang ertinya):

“Tidaklah ada seorang hamba yang puasa di jalan Allah kecuali akan Allah jauhkan dia (kerana puasanya) dari neraka sejauh tujuh puluh musim.” (Hadis Riwayat al-Bukhori dan Muslim)

August 9, 2010

seputar tentang 'waktu'

orang bijaksana berkata:

' Mensia-siakan waktu dalam kehidupan itu lebih merugikan daripada kematian dan juga lebih merugikan daripada kehidupan yang dijalaninya itu sendiri. Kerana sesungguhnya apabila anda mensia-siakan waktu bererti anda sudah memutuskan hubungan anda dengan Allah, kehidupan akherat dan juga memperoleh kerugian dalam dunia anda sendiri. Sedangkan kematian, ia hanyalah pemutus hubungan antara manusia yang meninggal dengan segala sesuatu yang ditinggalkannya di dunia fana ini.'

sebahgian yang lain pula mengatakan...

' Mensia-siakan waktu sama ertinya dengan mengundang kemurkaan Robb pada dirinya sendiri kerana waktu pada hakikatnya adalah anugerah yang harus disyukuri.'

seorang ulama berkata,

' Sesungguhnya manusia hidup diiringi dengan perjalanan waktu dan kehidupan pada dasarnya adalah waktu itu sendiri kerana segala perbuatan manusia (baik ataupun buruk)selalu memakai perhitungan waktu untuk melakukannya. Kerana barangsiapa yang menghabiskan waktunya untuk melakukan perbuatan kebaikan maka nescaya dia termasuk ke dalam golongan manusia yang beruntung dan bahagia. Akan tetapi barangsiapa yang mensia-siakan waktunya, maka nescaya dia akan masuk ke dalam golongan orang-orang yang merugikan selamanya.'

Imam Ibnu Qayyim dalam Madarij Salikin mengatakan bahwa Abu Ali ada berkata:

' Waktu adalah sesuatu yang manusia hidup di dalamnya. Apabila kamu berada di dunia, waktumu adalah dunia. Apabila kamu berada di akherat, waktumu adalah akherat. Apabila kamu berada di dalam kebahagiaan, waktumu adalah kebahagiaan dan apabila kamu berada dalam kesedihan, waktumu adalah kesedihan. Ertinya, sesungguhnya waktu adalah sesuatu yang dijalani seseorang.'
Dapat difahami dari kata-kata tersebut, seseorang sewajarnya hanya melakukan apa yang menjadi tuntutannya di masa sekarang. Dia tidak memperdulikan masa lalunya atau masa mendatang. Kerna, sesungguhnya sekiranya dia disibukkan dengan masa lalu dan akan datang, bererti dia telah mensia-siakan waktu sekarang. Maka dengan itu, sesungguhnya waktu yang dimilikinya telah sia-sia.

Imam Syafie dalam sebuah kisah berkata:

'Suatu hari aku bersama orang-orang sufi. Dalam bersama mereka ada 2 perkara penting yang boleh diambil pelajaran:-

1) Waktu layaknya seperti pedang. Apabila kamu tidak pandai memakainya maka ia akan menebasmu.

2) Sibukkanlah jiwamu dengan kebaikan kerana apabila kamu tidak menyibukkannya dengan kebaikan maka nescaya jiwamu akan disibukkan dengan keburukan.

Kerna itu saudara-saudariku,
Marilah kita memanfa3atkan sepenuh detik masa dalam hidup kita ini pada perkara yang bermanfa3at buat kita, di sini dan di sana. Dan janganlah pernah sekali pun kita lupa tujuan sebenar kita dihadapkan ke waktu dunia ini... iaitu untuk meng3abdikan diri semata2 kepada-NYA. Tuhan yang Menciptakan kita dan yang Maha Menguruskan hal ehwal kehidupan kita.

(dicedok dan ditokok tambah dari buku ' nikmat bermunajat kepada Allah'. susunan dr. Yahya Nuryadi.)