November 21, 2010

Peringkat Zikir



Zikir kepada ALLAH itu terbahagi kepada beberapa peringkat, iaitu;

1- ZIKIR QAULI

zikir qauli adalah zikir dengan menyebut nama ALLAH dengan lidah dan meresapkannya ke dalam hati, seperti membaca tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah), takbir (allahu akbar), istighfar (astaghfirullah), tahlil (la ilaha illallah), membaca alQur-an dan sebagainya (sebutan yang membawa ingatan kita kepda ALLAH).

2-
ZIKIR FI'LI

maksudnya adalah zikir dengan perbuatan, umpamanya meninggalkan perbuatan maksiat, menuntut ilmu, mencari rezeki yang halal, menghibur orang yang sedang kesusahan dan seumpamanya.

3- ZIKIR TAFAKKUR

maksudnya ialah zikir yang dilakukan dengan memikirkan makhluk-makhluk ciptaan ALLAH setiap waktu dan keadaan. zikir inilah yang paling tinggi tingkatannya.


" Barangsiapa yang menyibukkan diri kerana berzikir kepada-KU, hingga ia tidak memohon kepada-KU, pasti AKU akan memberinya yang lebih utama daripada apa yang AKU berikan kepada orang-orang yang meminta kepada-KU."


(kaifiyat mempertajam mata hati dalam mengenal ALLAH, m/s 168, syeikh ibn 3athoillah)

November 16, 2010

tawakkal



" DAN BERTAWAKKALLAH KEPADA
YANG MAHA HIDUP DAN TIDAK AKAN MATI-MATI
(ALLAH).
"

al-Furqon:58