February 9, 2011

doa 6#


Rasulullah saw. pernah bersabda;

“Ya Allah
aku memohon kepada-Mu kebaikan seluruhnya
sama ada pada masa sekarang mahupun pada masa akan datang.
Sama ada yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui.
Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan seluruhnya
yang sekarang dan yang akan datang,
yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui.”


(HR Ibnu Majah)

February 6, 2011

adab dan doa tidur nabi



Al-Bara’ bin ‘Azib ra., beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW bila berbaring di tempat tidurnya, baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa:

Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tuhanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan selur
uh hamba-Mu).”
[HR. At-Tirmidzi]

Hudzaifah pula meriwayatkan: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka baginda berdoa:

Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).

February 5, 2011

kematian


'setiap orang pasti tidak terlepas daripada dua perkara;

jika dia tidak mati mengejut, pasti dia terkena penyakit yang datang tiba-tiba. oleh sebab itu, bertaqwalah kalian kepada Allah. hati-hati dan bersiap sedialah untuk menghadapi kejutan-kejutan yang akan datang dari Tuhan kita semua.

sesungguhnya doktor dengan ilmu kedoktoran dan ubat yang dia miliki, tidak akan mampu untuk menolak kematian yang telah tiba waktunya.

bagaimana dia mampu menolak kematian padahal dia juga akan mati kerana penyakit yang dahulu dia pernah berjaya mengubati pesakit.

orang yang mengubati, yang diubati, pembawa ubat, penjual dan pembeli ubat, semuanya pasti akan mati.'


~hasan al-basri~

February 3, 2011

doa 5#


doa Rasulullah sallallahu 3alaihi wa sallam

'ya allah,
berilah hati dan jiwaku keupayaan berbuat taqwa, dan bersihkanlah hati dan jiwaku. kurniakanlah kepadanya kemajuan dan peningkatan (daripada segala cacat cela),kerana
Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan hati dan jiwaku serta memberinya kemajuan dan peningkatan. Engkaulah pemelihara, pembimbing, dan Kekasih hati dan jiwaku.'


~hadits sohih~

mengingat kematian



' Barangsiapa yang sentiasa memperbanyakkan mengingat kematian, maka ia akan dimuliakan dengan tiga pekara; iaitu segera bertaubat, hati yang qana3ah (menerima rezeki yang diberikan oleh Allah kepadanya dengan hati yang terbuka)dan rajin beribadah.

Bagi orang yang melupakan kematian pula, ia akan dirugikan dengan tiga perkara, iaitu menangguh-nangguhkan taubatnya, tidak menerima rezeki yang diberikan oleh Allah kepadanya dengan penuh kerelaan dan bermalas-malasan dalam melakukan amal ibadah.'

~min kalam solehiin~