June 28, 2009

awas,jangan penuhi hati kamu dengan cinta dunia!

Hadith Qudsy

Allah telah berfirman :

“Wahai sekalian anak2 Adam, sejauh mana kecenderungan kau kepada dunia dan sejauh mana cinta Ku di hatimu, maka sekadar itulah darjatmu di sisi Ku. Kerana sesungguhnya tidak Aku campurkan antara 2 cinta iaitu cinta kepada Ku dengan cinta kepada dunia di dalam satu hati untuk selama-lamanya.

Wahai manusia, jauhilah sekalian ma3siat (berbuat wara3lah), maka engkau akan mengenali Aku; dan berlaparlah, engkau akan bisa melihat Aku; dan ber3ibadatlah semata-mata kerana Ku, supaya engkau sampai kepada Ku. Sucikanlah 3amalanmu dari segala macam bentuk riyak, lalu Aku pakaikan engkau dengan cinta Ku. Lapangkanlah waktumu untuk mengingat Aku supaya Aku mengingatmu pula dan menempatkan engkau di sisi malaikat-malaikat Ku.

Wahai anak-anak Adam, jika di dalam hatimu sesuatu selain Alah, maka engkau akan mengharap sesuatu yang selain Allah. Sampai bilakah engkau berkata bahawa Allah Maha Tinggi, tetapi engkau takut kepada selain-Nya? Seandainya engkau tahu yang sebenarnya, nescaya tidaklah engkau gelisah disebabkan yang selain Allah, tidaklah engkau takut kepada yang selain-Nya, tidaklah lemah lidahmu daripada menyebut ‘ALLAH’. Sesungguhnya kebinasaanlah ke atas mereka yang sentiasa bertaubat dengan cara yang dilakukan oleh orang-orang yang pembohong.

Wahai anak-anak Adam, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu dari jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.

Wahai anak-anak Adam, sekiranya engkau suka kepada syurga sebagaimana engkau suka kepada dunia, nescaya engkau Ku berikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak. Seandainya kamu mengingati Ku sebagaimana kamu sentiasa mengingati antara sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain, nescaya malaikat-malaikat mengucap salam kepada kamu pagi dan petang. Kalaulah kamu cinta kepada peng3abdian terhadap Ku sebagaimana kamu mencintai dunia, nescaya Aku muliakan kamu sebagaimana kemuliaan yang diperolehi para rosul.

Oleh itu, janganlah kamu penuhi hati kamu dengan ‘cinta dunia’, kerana cinta ini akan hilang sekelip mata. “


(gambar diambil dari sini)

1 comment:

herizal alwi said...

Ibu Cinta

Cintanya adalah seperti
sebuah pulau di laut hidup,
besar dan luas
Sebuah, tempat tinggal yang damai tenang
Dari angin, hujan, air pasang.
'Tis terikat di utara oleh Harapan,
Dengan Kesabaran di Barat,
Dengan Counsel tender Selatan
Dan di Timur oleh Istirahat.
Di atasnya seperti cahaya mercusuar
Iman bersinar, dan Kebenaran, dan Doa;
Dan thro 'adegan perubahan kehidupan
Saya menemukan sebuah tempat di sana.