skip to main |
skip to sidebar
salam…
Kelihatan pelikkah tajuk di atas tu? Tapi itulah kenyataan yang selalu ingin aku ingatkan pada diriku dan kalian, para hamba ALLAH yang mencintai-NYA dan dicintai-NYA.
Berimanlah kerana ALLAH. Bukan kerana manusia. Jangan beriman kepada ALLAH kerana manusia. Berimanlah kepada ALLAH kerana ALLAH juga. Satu-satunya dan semata-mata.
Andai ingin mencintai ALLAH, cintailah ALLAH kerana ALLAH. Kerana Zat dan kekuasaan-NYA. Kerana limpahan Rohmat dan Kaseh sayang-NYA. Kerana ehsan dan belas pengampunan-NYA. Kerana prihatin dan perhatian-NYA. Janganlah mencintai ALLAH kerana manusia. Sekalipun manusia itu yang membuat kita kenal dan kembali pada ALLAH. Sekalipun manusia itu yang membawa kita lebih mendekati-NYA dan mula mencintai-NYA. Sekalipun manusia itu pada pandangan kita terlalu baik, wara3, taat dan dekat dengan-NYA.
Cintailah ALLAH kerana ALLAH jua.
-rkukaudya-
No comments:
Post a Comment