August 23, 2010

Apa yang membuat kalian menangis?

SAAT KEMATIAN DATANG, KEPADA AHLI KELUARGA MAHUPUN KEPADA DIRI KITA SENDIRI...APAKAH YANG MEMBUATKAN KITA MENANGIS?

Ibnu al-Jauzi menyebutkan, bahwa seorang ahli ‘ibadah di Basrah telah disulitkan dengan ketakutannya kepada ALLAH dan menjadi sakit kerana banyak tangisannya. Ketika hari kematiannya tiba, lalu para keluarganya duduk di sekitarnya sambil menangis. Maka katanya kepada mereka, “ Dudukkan saya.”

Lalu ia menghadap mereka dan bertanya kepada ayahnya. “ Wahai ayahku, apa ang menyebabkan engkau menangis?” Ayahnya menjawab, “ Anakku, saya mengingat akan hari-hari tanpamu dan bakal kesendirianku setelah pemergianmu.”

Kemudian dia berpaling kepada ibunya dan bertanya,” Wahai ibu, apa yang menyebabkan engkau menangis?” Ibunya pun menjawab, “ Wahai anakku, kerana saya menelan pahitnya kehilanganmu.”

Setelah itu dia berpaling kepada isterinya, dan bertanya, “ Apa yang menyebabkan engkau menangis?” Isterinya menjawab, “ Kerana saya kehilangan berkatmu dan kebutuhan kepada selainmu.”

Terakhir dia berpaling kepada anak2nya, “ Apa yang menyebabkan kalian menangis?” Mereka menjawab, “ Kerana yatim adalah hina setelah menjauhnya engkau.”

Dia pun memandang kepada mereka semua, kemudian menangis. Maka mereka bertanya kepadanya, “ Apa pula yang menyebabkan engkau menangis?” Dia pun menjawab .
Saya menangis kerana melihat setiap dari kalian menangis untuk diri kalian sendiri dan bukan untuk saya. Adakah di antara kalian yang menangisi perjalanan panjang saya? Adakah di antara kalian yang menangisi betapa sedikitnya bekal saya? Adakah di antara kalian yang menangisi ranjang tanah saya? Adakah di antara kalian yang menangisi penghisaban saya yang buruk? Dan adakah di antara kalian yang menangisi bahwa saya akan berdiri di hadapan TUHAN? "

Lalu dia jatuh, dan ternyata dia telah menjadi mayat.

No comments: