January 15, 2010

doa #3 - surah alam Nasyroh : ayat-ayat melapangkan hati



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam).

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahajalah hendaknya engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


alam Nasyroh:1-8

No comments: