June 29, 2009

DIA slalu menanti kita di hujung setiap kesulitan


Tuhan...

Kami yakin, di setiap kesulitan yang kami perlu hadapi dan lalui. KAU telah menyediakan jalan keluar dan penyelesaiannya. Hanya saja kami perlu tabah, kuat dan yakin pada-MU. Kami harus percaya dan slalu berharap pada-MU. Memohon KAU membantu kami dan tidak membiarkan kami sendirian dan berputus asa dengan-MU.

Walau betapa berat dan pedih pun apa yang kami rasa. Kami hanya ada 2 pilihan, kami tetap juga perlu menghadapinya cuma samada dengan sabar dan beroleh keredoan-MU atau memilih untuk menghadapinya dengan rungutan dan kemarahan lalu beroleh kemurkaan dan kebencian-MU. Kami tak mahu dibenci oleh-MU. Hanya KAU yang slalu menyayangi kami setiap masa dan menyayangi kami apa adanya kami. Hanya KAU yang slalu ada untuk kami. Kami tak mahu kehilangan-MU. Tak mahu dan tak sanggup!

Kami akan kuat untuk-MU. Jadi hamba yang redo kerna-MU. Akan kami pekakkan telinga dan butakan mata pada kata-kata mereka-mereka yang ingin menggugah kepercayaan dan cinta kami pada-MU. Kami hanya akan buat apa yang KAU suka. Kami hanya akan pilih apa yang KAU redo. Biarkan mereka. Kami tidak hidup kerna manusia. Bukan mereka yang menjadi sebab kami wujud di dunia. Kami hidup kerna-MU ya ALLAH!.

Tuhan...
Lantas di manapun kami KAU campakkan… bagaimanapun kami KAU mahu perlakukan…
mohon kami akan tetap rasa lebih dekat dengan-MU. Kuatkan hati kami pada-MU. Kami redo dan terima smua ujian yang KAU berikan pada kami…tapi kami mohon janganlah KAU uji kami dengan berjauhan dari-MU. Jauh dari-MU bererti kami mati oh TUHAN!
kami mati…

Berjauhan dari-MU ertinya hidup kami tak bererti lagi.


Sunyi. Sepi. Sendiri.

rkukaudya



(gambar pemandangan di atas, ehsan sang sahabat, seorang guru semenanjung yang berjuang menyebar ilmu di sarawak. smoga ALLAH memberkati dan merohmati hidupmu)

No comments: