July 19, 2009

bagaimana memperbaiki hubungan sesama manusia?



apa yang perlu dibuat jika kita mempunyai masalah perhubungan dengan manusia?

tak kira la dengan siapa pun; dengan ibu bapa ke, dengan adikberadik ke, dengan suami atau isteri ke, dengan jiran tetangga ke, mahupun dengan sahabat…?

sebenarnya jawaban bagi persoalan di atas ni sangat mudah, hanya satu je…tapi memang sangat sukar untuk dilakukan tanpa hati yang teguh dan istiqomah.

iaitu…lihatlah bagaimana hubungan kita dengan ALLAH. perbaiki hubungan kita dengan-NYA terlebih dulu. kadang-kadang, kerna telah terlalu dekat dengan manusia, kita jadi renggang dan semakin jauh dari-NYA. dan sangat wajarlah jika DIA berkecil hati lantas menjauh dari kita. lantas setelah DIA menjauh, hubungan kita dengan-NYA semakin pudar…maka segala kedekatan kita dengan manusia juga akan hilang kemanisan dan keberkatan-NYA. mulalah perhubungan itu mejadi resah gelisah, kacau bilau, merenggang sekalipun mereka2 itu sangat dekat di hadapan mata. tapi apabila yang terlebih dekat dengan kita dari anak tekak kita menjauh…maka tiada gunalah sedekat manapun seisi dunia ini buat kita. kita akan tetap rasa kosong.

masakan tidak…bukankah setelah perhubungan kita dengan-NYA menjadi rapat dan aqrab…setelah cinta mula menjalar dalam tubuh dan nafas…dan DIA pun memberkati kita seluruhnya, maka DIA pula akan mengumumkan rasa cinta-NYA itu kepada Jibril 3alaihissalam…supaya dihebahkan kepada seluruh penghuni langit…bahwa ALLAH Tuhan Sekalian Alam menyintai si pulan, maka cintailah dia!. lantas segenap cinta penghuni langit turun menghujani kita. begitu pula pada seluruh penduduk bumi sang Jibril melaungkan…bahwa ALLAH Tuhan Sekalian Alam menyintai si pulan, maka cintailah dia!. lantas seluruh pelusuk bumi meluahkan segenap kecintaan mereka pada kita. maka jadilah kita makhluq yang terbahgia kerna kita dicintai oleh-NYA, dan seluruh jagat raya juga mencintai kita…dan terselimutlah kita dengan hangatnya seluruh cinta…..

tidak mahukah?

1 comment:

Izzan Fahat said...

salam alaik..

bnyk urusan kt dlm khdpn mjd smkin sukar & dihimpit dgn kepayahan dek krn kt sering mlupakan sang pencipta yang menzahirkan sgla bntk permintaan kt.namun ramai antra kt yg tdk sdr atau sengaja tdk mh menyedarinya.krn apa?krn manusia itu sntsa angkuh dan sombong.

bnrlah spt yg difirmankan Allah.

"hy dgn mengingati Allah ht akan mjdi tenang"

hadapi segala btk pmslhn dgn tenang krn ssnghnya Allah sntsa bsm makhlukNya.

p/s: blog yg sgt bmanfaat.ana smpt menghebahkn tntg kwujudn blog ini bt teman2 ana yg sedang tercari-cari "sesuatu" yg "hilang" dr hati mrk.

smga empunya blog mndpt mardhatillah tuhan:)