February 5, 2011

kematian


'setiap orang pasti tidak terlepas daripada dua perkara;

jika dia tidak mati mengejut, pasti dia terkena penyakit yang datang tiba-tiba. oleh sebab itu, bertaqwalah kalian kepada Allah. hati-hati dan bersiap sedialah untuk menghadapi kejutan-kejutan yang akan datang dari Tuhan kita semua.

sesungguhnya doktor dengan ilmu kedoktoran dan ubat yang dia miliki, tidak akan mampu untuk menolak kematian yang telah tiba waktunya.

bagaimana dia mampu menolak kematian padahal dia juga akan mati kerana penyakit yang dahulu dia pernah berjaya mengubati pesakit.

orang yang mengubati, yang diubati, pembawa ubat, penjual dan pembeli ubat, semuanya pasti akan mati.'


~hasan al-basri~

No comments: